Thursday, June 16, 2011

Mengundi Tanggungjawab Kita ...

dan pandangan peribadi saya ...


begitu juga untuk 'memastikan proses pilihanraya berjalan telus dan jujur' .... adalah tanggungjawab kita semua, rakyat, kerajaan, pembangkang, ngo, serta SPR.

jika Kerajaaan, Pembangkang & SPR berusaha mengingatkan rakyat dengan kempen2 kesedaran tanggungjawab mengundi ... rasanya tak salah juga kalau rakyat mainkan peranan mengingatkan mereka untuk memastikan proses pilihanraya berjalan telus & adil .... dan salah satu medium atau initiatif rakyat ke arah ini ialah Perhimpunan Bersih.


Peringatan / kempen dua hala ini perlu supaya dua2 pihak tidak lupa diri / syok sendiri. Malah Allah swt sendiri menyuruh hamba2 nya sentiasa berpesan2 kepada kebaikan. Kerana mmg sifat manusia mudah lalai dan alpa ....

Jadi, agak pelik bila ada pihak2 yg mati-matian menentang perhimpunan ini.

TUNTUTAN BERSIH

<*> Penggunaan Dakwat Kekal

<*> Pembersihan Daftar Pemilih

<*> Pemansuhan Undi Pos

<*> Akses Kepada Media


Kalau dilihat dari senarai tuntutan di atas, takde pula menyebut hendak 'menggulingkan' mana2 individu mahupun organisasi..jadi, kenapa perlu fobia dan gelisah?

Kalau dari segi keselamatan, rasanya tak ada isu kalau tiada provokasi atau tentangan dari mana2 pihak.

Kalau ada yg kurang senang dengan 'kesesakan jalanraya' dsbnya, rasanya impaknya sama juga dengan 'kesesakan' yg terwujud dengan event2 seperti pesta2 hiburan, karnival, marathon dsbnya. Cuma bezanya, event2 tersebut mendapat kerjasama dari pihak2 berwajib & kesesakan yg terjadi tak dijadikan headline utama di media2 perdana negara.

Wallahua'alam.



0 comments: