Monday, January 9, 2012

New year 2012 - the new beginning

2012 has been very good so far ... Alhamdulillah.


1st : sambutan tahun malam tahun baru yg sgt menyentuh jiwa...pertama kali dengar Asma'ul Husna bergema di tengah malam tahun baru. syahdu sangat rasanya. tahniah & terima kasih buat penganjur. langsung terasa nyaman utk hadapi tahun 2012.


2nd : iyaadh start sekolah kat Brainy Bunch Islamic Montessori Shah Alam. First day mmg dia sgt excited, skali panggil dah terus terbangun dari tidur & siap nak ke school. sampai skolah & masuk kelas, ok lagi. only after like 15min lepas tu, dia start blurr tgk makin ramai budak nangis & the aunties semua sibuk nak settlekan budak2 yg nangis, langsung dia pon ikot nangis carik papa & mummy...hiks. 2nd day & today pon mcm tu. Dia akan feeling nak nangis bila ada budak lain start nangis. tapi alhamdulillah nangis x lama. semoga dia dapat cepat sesuaikan diri dan fokus belajar, insyaallah. amin :)


3rd : Performance review for 2011 completed and the result alhamdulillah, just like what i need & expected. now dah dapat project baru for 2012. semoga saya konsisten & istiqomah. insyaallah, amin.


4th : Aidan 2nd birthday! no fancy celebration, sekadar doa papa mummy abang atuk nenek & seluruh keluarga untuk Aidan, semoga tumbuh subur di atas landasan Allah swt dan istiqomah menegakkan hak Allah di bumi-Nya ini, dan sentiasa dalam keberkahan & keredhaan Allah dunia & akhirat. InsyaAllah, amin.


5th : DSAI found not guilty by the court, dlm kes yg rasanya semua dah sedia maklum. alhamdulillah. Allah maha mengetahui. saya memilih utk tak mempercayai tuduhan tersebut unless terdapat bukti2 sahih yg membolehkan dia disabitkan dgn kesalahan tersebut mengikut tatacara yg ditetapkan oleh Allah, yakni, ada 4 saksi lelaki yg berkelayakan yg melihat sendiri perbuatan tersebut. memang susah, tp tak mustahil bila Allah berkehendak. Allah maha adil. anyway, sebak jg tadi bila mak sms 'alhamdulillah, Anwar bebas' (yes, mak & abah were at the scene since 5am this morning, together with Cikgu Azmi - reason why i'm on leave today...hehe). Yang paling happy pasti isteri & anak2 DSAI. hanya Allah yg mengetahui apa yg mereka lalui. reminds me there was one time di zaman uniten dulu, ternampak Nurul Izzah jalan kaki sorang2 from COE nak ke admin building tgh2 panas terik. pity her, tak boleh bwk kereta, tak boleh stay asrama & tak boleh bebas berkawan. decided to give her a ride and sempat berbual2 sekejap. a very nice & strong girl i would say. met this family for few times at both their homes - in Damansara Height before & later in Segambut. Very humble & friendly, especially DS Wan Azizah. wallahualam


6th : Adam Adli digantung pengajian 3 semester. tak berapa tahu 3 semester upsi tu berapa lama...mungkin 1 tahun atau 1 thn setengah? mmg x berapa setuju tindakan dia turunkan bendera di 'rumah orang', tapi pengantungan 3 semester tu berpatutan kah dgn kesalahan tersbut, bahkan dia dh naikkan semula bendera tu beberapa minit kemudian tanpa cacat cela. sedangkan khir toyo yg 'mencuri' wang rakyat berjuta2 pon kene penjara setahun je. wallahualam. dan bercakap pasal kebebasan mahasiswa & para akademik berpolitik, kalau ikut pandangan aku, mereka rata2 berumur 21 tahun ke atas & layak mengundi, jadi wajar rasanya mereka bebas menyuarakan pandangan politik mereka. itu hak mereka sebagai rakyat malaysia..kalau ikut aku, berpolitik sama je mcm aktiviti2 sampingan golongan mahasiswa yg lain. ada mahasiswa pilih nak aktif bersukan, aktif berkadet, berpesta clubbing bagai. golongan sprti adam adli ni pilih nak berpolitik. tak salah rasanya. dan kalau nak ikotkan masa terluang, rasanya time belajar la lagi byk masa free banding dgn time bekerja - menurut pengalaman aku la :) yes, dlm campus sendiri ada aktiviti berpolitik utk pemilihan MPP, tp bila itu pon nak di campur-tangan oleh orang2 luar yg berkepentingan, kalau aku jadi diorang pon aku hangin :) *note: jg x berapa setuju dgn demo malam tahun baru di UPSI, sbb nampak ada provokasi dari pihak mahasiswa ke polis + tgh malam nak hantar memorandum, erk. ofis tutup kot.*


Kepada gerakan mahasiswa - pada saya, berdemo utk menyuarakan sesuatu boleh, but never ever make any provocation to the other side, itu hanya akan memakan diri dan jgn terlalu ghairah nak berdemo sampai lupa tujuan sebenar. take Bersih 2.0 rally as example, I'm sure most of you were there. Tak ada provokasi dibuat and every individuals were taking their part utk saling mengingatkan. Rasa sangat aman & selamat berada dalam kelompok waktu tu, walaupon diserang oleh 'mereka'. wallahualam.


apa pon, semoga 2012 akan menjadi permulaan tahun yg lebih baik utk kita semua, di sisi Allah swt. insyaAllah.

0 comments: